Monday, March 9, 2009

SPIN.ukm.my

Salam semua................
kali ini sy ingin kongsikan pengalaman menggunakan sistem SPIN.merupakan sistem yg menyediakan pelajar dengan maklumat tentang kursus2 yg diambil di UKM seperti subjek2 yg didaftarkan, SPIN yg merupakan kependekan dari Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif ini memudahkan pelajar menyemak segala urusan berkaitan subjek, pengumuman2 penting dr pensyarah berkenaan subjek seperti tugasan, nota kuliah, tutorial dan sebagainya.

Untuk menggunakan aplikasi SPIN ini, laman web yg perlu dilayar ialah www.spin.ukm.my .Seterusnya pelajar perlu memasukkan pengenalan (iaitu no kad matriks) dan kata laluan (password).Setelah selesai, paparan muka depan (home) akan menunjukkan senarai subjek yg telah didaftarkan bg satu2 semester.Untuk menjurus kepada subjek tertentu contohnye GGGE 5013 Teknologi dan Inovasi dlm Pendidikan, pelajar hanya perlu 'click' pada kod subjek.Selain nota kuliah, tugasan dan pengumuman2, terdapat juga maklumat tentang tenaga pengajar bg subjek tersebut serta no untuk dihubungi.

Maklumat sememangnye di hujung jari!



No comments:

Post a Comment